Utusan Malaysia - Mega, 18 Sep 2008 |
I Station Optometrist adalah cita-cita ibu muda kelahiran negeri Melaka Bandaraya Bersejarah yang telah berputik sejak beliau di bangku sekolah lagi dan akhirnya direalisasikan sebaik menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kira-kira empat tahun lalu. Wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, SHAHARANI SAIBI sempat berkongsi pengalaman beliau dalam menghadapi dunia perniagaan yang dimonopoli bangsa asing ini. Mega: I Station Optometrist di Seksyen 9, Shah Alam ini adalah cawangan kedua anda selepas pembukaan pertama kedai di Taman Subang Perdana pada 2005. Bagaimana timbul minat untuk mengusahakan perniagaan cermin mata ini? Lantas sebaik memiliki Sarjana Muda Sains Optometri (Kepujian) dari UKM, saya cuba bekerja makan gaji bagi menambah pengalaman. Alhamdulillah pada 2005 I Station Optometrist pertama berjaya dibuka dengan mengeluarkan sejumlah simpanan peribadi dan pinjaman daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kesemuanya berjumlah RM175,000. Kebiasaannya mengusahakan perniagaan yang dimonopoli bangsa asing adalah sesuatu yang berisiko tinggi sehinggakan ada yang terpaksa gulung tikar. Apakah strategi anda dalam menghadapinya? Pun begitu, kelebihan kita umat Islam ialah rezeki itu adalah ketentuan Ilahi dan sebagai hambanya, janganlah kita cepat berputus asa dan sentiasa sabar serta berkeyakinan kepada-Nya. Aspek tawaran harga yang berpatutan juga diambil kira kerana mereka yang menghadapi masalah penglihatan sebenarnya dialami oleh semua orang, baik susah, sederhana dan berada. Bagi mereka yang berminat diadakan perkhidmatan bergerak di tempat mereka boleh menghubungi talian 03-5880 1886.
Dalam bisnes juga kita kena amalkan kejujuran dan amanah kepada pelanggan. Ini secara tidak langsung, membina kepercayaan serta keyakinan pelanggan serta dapat melaksanakan salah satu fardu kifayah. Anis Harnisah: Apabila sesuatu yang kita lakukan itu atas dasar minat dan keikhlasan, tentunya kepuasan itu dirasai walau apa juga halangan yang melanda. Bagi saya apa yang dilakukan ini bukanlah semata-mata atas niat untuk mengaut keuntungan tetapi yang lebih diutamakan ialah sumbangan dan bantuan kita kepada mereka yang bermasalah. Dalam kes saya, mereka yang menghadapi masalah penglihatan. Kejayaan saya ini tidak akan berjaya tanpa sokongan semua terutamanya suami, anak-anak dan dorongan dan sokongan ibu yang sentiasa membakar semangat saya untuk terus berusaha dan membina empayar perniagaan suatu hari kelak. Orang kita selalu tersalah anggap soal mengumpul kekayaan terutamanya menerusi perniagaan. Bagaimana anda melihat hal ini. Selain itu, dengan kekuatan ekonomi yang kita ada, ia adalah aset untuk kita bersenang di dunia dan di akhirat. Sayangnya, banyak yang berlaku sekarang, orang kaya makin tamak dan kedekut. Mentaliti inilah yang perlu diubah kerana kekayaan itu adalah salah satu ujian di atas dunia. Contohnya, dengan penubuhan Persatuan Optikal Muslim, dari situlah, banyak yang boleh diusahakan agar bisnes yang dikendalikan ini mampu berdaya saing dan terus maju, sekali gus dapat menarik pelanggan Islam. |
Wednesday, February 17, 2010
Cabaran Bersaing Di Pentas Asing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment